KAWAN.....satu perkataan yang amat subjektif dan memberi seribu erti.....
aku seorang yang sukar mendapat kawan kerana diri ini agak pendiam bila bertemu dengan orang tidak dikenali jadi nak dapat kawan pun susahla...hehehhehehh
Walau macam manapun aku tetap ada kawan dan kebanyakkan kawan-kawan yang aku miliki rapat denganku kerana aku sangat menyayangi mereka semua...
Bagi ku kawan adalah insan yang akan menentukan siapa kita pada masa hadapan, jadi kita kena pandai memilih kawan, jangan tersalah pilih nanti buruk masa depan kita. hancur segala impian, musnah segala harapan dan banyak lagi ayat yang menggambarkan akan kecewanya hidup kita jika tersilap memilih kawan.
Biar tiada kawan daripada rosak kerana kawan, jangan biarkan diri menjadi lalang yang hanya mengikut kawan tapi jadilah angin yang menunjukkan arah tujuan kepada kawan, tapi mestilah menjadi pengarah yang betul, jangan pula menjadi pengarah seperti ketam yang hanya pandai mengajar anaknya berjalan lurus tapi dia juga tidak berjalan lurus, kita kena mengukur baju di badan sendiri jangan buat sesuatu mengikut nafsu yang tidak sesuai dengan diri kita
Dari pengalaman aku selama 20 tahun ini aku lihat terlalu ramai yang banyak terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak sepatutnya dek kerqan terlampau sayangkan kawanla sangat katakan. ish2....
Kawan yang baik tidak akan membawa kita ke arah kejahatan..ingat tu....
JADI....Bijaklah Memilih Kawan....
Kawan sejati ialah Kawan yang sentiasa ada bila kita memerlukan, bukannya menghilang saat kita memerlukan.
No comments:
Post a Comment